21 June 2010

Penentu Lulus Gagal & Result Penuh


Assalamualaikum,
Hari ini diumumkan nama-nama pelajar yang gagal dalam peperiksaan. Diharap kepada nama-nama tersebut supaya tidak berputus-asa serta terus percaya kejayaan itu pasti menunggu dihadapan. Kepada kawan-kawan yang lulus tu tahniah diucapkan, tapi jangan lupa buat sujud syukur, kerana sesungguhnya kejayaan itu kalau tidak bukan hanya kerana ketentuanNya.

Kebanyakan orang suka bercerita mengenai kejayaan, sehinggakan orang yang gagal sering rasa terpinggir dan akhirnya rasa tidak layak untuk terus bergaul dengan mereka yang berjaya. Mari kita nilai balik diri kita apa kurangnya diri kita untuk berjaya seperti orang lain. Adakah kerana kurangnya usaha kita atau adakah kurangnya pengharapan serta doa kita kepada Allah. Jadi usaha & tawakal adalah kunci utama kepada kejayaan.

Kepada yang telah lulus, anda perlu selalu beringat supaya bukan untuk terus ditakuk yang lama, tetapi perlunya kepada peningkatan kepada suatu tahap. Lulus sahaja tidak bermakna apa-apa, tetapi lulus dengan cemerlang itu menjadikan anda istimewa di mata manusia. Bukan mahu dipandang, tetapi penting sebagai contoh utamanya: untuk mendapat tajaan atau pinjaman.

Jadi mari kita sama-sama letak target, tidak kira yang lulus atau yang gagal. Target kita pastinya menjadi lebih baik dari semalam, serta esok lebih baik dari hari ini. Mari kita bersama-sama mencapai MUMTAZ dalam setiap peperiksaan. Buktikan bahawa kita boleh, serta kita bukan seperti diri kita yang dahulu, tetapi kita adalah diri kita yang baru. Kita mahu berubah menjadi yang lebih baik. Sekadar sebuah perkongsian dari insan biasa seperti anda semua.

p/s: Result penuh akan diberi tahu esok hari...

0 comments: