JOM! Mumtaz - MedStuff 2012

" Studying Towards Finals and Future "

10 October 2010

Ahlan Wasahlan mahasiswa/siswi 2010/2011


Assalamualaikum,
kami warga MMMansoura ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat datang kepada pelajar-pelajar baru di semua muhafazah di Mesir amnya & pelajar-pelajar baru di Mansoura khususnya.

Alam universiti merupakan salah satu perjalanan kehidupan yang bakal dilalui oleh mahasiswa baru sekalian. Jadi, kita selaku pelajar-pelajar di Mesir seharusnya berasa bertuah, kerana tidak semua orang dapat mencapai cita-cita melanjutkan pelajaran ke luar negara. Namun, kegembiraan itu seharusnya ditonjolkan dengan rasa bersyukur & rendah diri, agar tidak leka dengan matlamat asal ke Mesir.

Di samping itu, para pelajar yang telah terlebih dahulu menimba ilmu di Mesir, diharapkan tidak lokek dalam berkongsi setiap pengalaman untuk kebaikan mahasiswa baru sekalian. Selain itu, anda selaku pelajar-pelajar baru, adalah tidak patut untuk merasa malu atau segan untuk bertanya kepada pelajar-pelajar lain. Sesungguhnya, cabaran di luar negara harus diharungi dengan kesatuan yang mantap dari kalangan kita yang minoriti di bumi anbiya' ini.

Akhir kalam, selamat menyesuaikan diri dengan suasana baru di Mesir. Hadapilah cabaran atau mehna dengan sabar & redha

Rumah Terbuka Tanta & Sambutan Mahasiswa Baru


Salam.. =)

Rumah Terbuka Tanta & Sambutan Mahasiswa Baru
kembali lagi.
Program ini akan dilangsungkan pada 15 Oktober 2010seperti yang telah dipersetujui. Bertempat di Imarah MMTanta (Student Centre), semua sahabat dan sahabiah, ikhwah dan akhawat di bumi mesir di jemput hadir bagi memeriahkan program ini di samping mengukuhkan ukhuwah fillah sesama kita. Program akan bermula pada jam 1.30 petang dan berakhir pada pukul 5 petang.

InsyaAllah menu yang akan disajikan pada hari itu sangat istimewa.( rujuk poster )

Kami menantikan kedatangan kalian.Jumpa di sana !!!

Ehsan dari MMTanta

02 July 2010

JOM ICDL di Malaysia!!




Salam,

PERHATIAN pelajar-pelajar Mesir yang ingin mendapatkan pensijilan ICDL di Malaysia!!

Ahlan WaSahlan...Selamat kembali ke tanah air! Semoga masa cuti anda digunakan sebaik mungkin!

Dengan sukacitanya, JOM ICDL menganjurkan Latihan dan Ujian ICDL khas untuk pelajar MESIR.
TerimaKasih kepada pihak ICDL Malaysia dan UPM, Serdang atas kerjasama !

Semoga, usaha ini mendatangkan menafaat pada semua warg
a Mesir. Insyallah.

klik di sini untuk maklumat lanjut...

Tidak tahu buat apa cuti panjang di Malaysia???
Tidak ingin bazirkan masa anda, apa lagi daftar ICDL sekarang!!

21 June 2010

Penentu Lulus Gagal & Result Penuh


Assalamualaikum,
Hari ini diumumkan nama-nama pelajar yang gagal dalam peperiksaan. Diharap kepada nama-nama tersebut supaya tidak berputus-asa serta terus percaya kejayaan itu pasti menunggu dihadapan. Kepada kawan-kawan yang lulus tu tahniah diucapkan, tapi jangan lupa buat sujud syukur, kerana sesungguhnya kejayaan itu kalau tidak bukan hanya kerana ketentuanNya.

Kebanyakan orang suka bercerita mengenai kejayaan, sehinggakan orang yang gagal sering rasa terpinggir dan akhirnya rasa tidak layak untuk terus bergaul dengan mereka yang berjaya. Mari kita nilai balik diri kita apa kurangnya diri kita untuk berjaya seperti orang lain. Adakah kerana kurangnya usaha kita atau adakah kurangnya pengharapan serta doa kita kepada Allah. Jadi usaha & tawakal adalah kunci utama kepada kejayaan.

Kepada yang telah lulus, anda perlu selalu beringat supaya bukan untuk terus ditakuk yang lama, tetapi perlunya kepada peningkatan kepada suatu tahap. Lulus sahaja tidak bermakna apa-apa, tetapi lulus dengan cemerlang itu menjadikan anda istimewa di mata manusia. Bukan mahu dipandang, tetapi penting sebagai contoh utamanya: untuk mendapat tajaan atau pinjaman.

Jadi mari kita sama-sama letak target, tidak kira yang lulus atau yang gagal. Target kita pastinya menjadi lebih baik dari semalam, serta esok lebih baik dari hari ini. Mari kita bersama-sama mencapai MUMTAZ dalam setiap peperiksaan. Buktikan bahawa kita boleh, serta kita bukan seperti diri kita yang dahulu, tetapi kita adalah diri kita yang baru. Kita mahu berubah menjadi yang lebih baik. Sekadar sebuah perkongsian dari insan biasa seperti anda semua.

p/s: Result penuh akan diberi tahu esok hari...

16 June 2010

Feedback : Lauk Sempena Imtihan

Assalamualaikum,

Syukur kehadrat Illahi program ini telah berjalan dengan lancar. Dengan ini pihak kami memohon kerjasama dari sahabat-sahabat yang terlibat untuk memberikan feedback tentang program ini.

Anda diminta mengisi borang feedback yang telah disediakan di:


Pihak kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Ummi medic mesir kerana menampung perbelanjaan untuk pelajar-pelajar medic mesir di Mansoura untuk program ini.

Tidak dilupakan juga kepada sahabat-sahabat lain(selain medic mesir) yang turut sama mendaftar untuk program ini.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih dan memohon maaf sekiranya terdapat kekurang dalam perkhidmatan yang kami jalankan.

InsyaAllah, kami akan cuba untuk memperbaiki kelemahan pada masa akan datang.

Wassalam.

07 June 2010

Good Luck from ummiMM!!

To all MMRegular / MMDentist / MMManchester peeps!!! & seluruh warga Mansoura!!!
>>>>>BIG Thanks to PCM for your untiring SUPPORT!!.....may Allah blesses u peeps!!
Ya ALLAH, bukakan olehmu atas hikmat engkau dan bentangkan olehmu atas anak2 kami gedung rahmat Engkau. Ya ALLAH, tuhan yang amat pengasih dari segala yang pengasih.

Ya ALLAH, Sinarilah hati anak-anak kami dengan hidayatMusebagaimana Engkau menyinari bumi dengan matahariMu Wahai tuhan yang membuka, wahai tuhan yang amat mengetahui,bukakanlah pintu hati mereka dengan pembukaan yang hampir, wahai tuhan yang membuka, wahai tuhan yang amat mengetahui.

Ya ALLAH, keluarkan anak2 kami dari kegelapan ragu-ragu. Kurniakan anak2 kami sinaran kefahaman bukakanlah bagi anak2 kami pintu ilmu, dan hiasilah mereka dengan akhlak yang baik dan kasih sayang.

Ya ALLAH, tambahkanlah kepada anak2 kami ilmu dan berilah mereka faham dan pengertian yang baik.


Ya ALLAH ya tuhan ku, kurniakanlah anak2 kami kefahamannabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah merekakesihatan wahai Yang Amat Mengasihani.


Ya ALLAH, ilhamkanlah kepada anak2 kami kecerdasan danlindungilah mereka dari kejahatan syaitan dan nafsu!


Maha suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak lupa. Wahai tuhan, ingatkanlah anak2 kami apa yang mereka lupa.


Ya ALLAH, persiapkanlah anak2 kami mengenai dengan urusan imtihan mereka dengan petunjuk Mu.

BiTaufiq WaNajjah FiImtihan....Kullu Mumtaz!! Rabbuna Yusahhil!!

salam ikhlas,
dari ummi dan ibuayahMM

Menu Minggu 2 (Makanan Sempena Imtihan)

Assalamualaikum,
Perhatian kepada semua pelajar yang menempah lauk sempena imtihan, diharap anda semua dapat mengambil cakna menu yang akan disediakan sepanjang minggu kedua ini.

Hari kelapan (08/06) -
Ayam Masak Merah + Sayur Acar + Sambal
Hari kesembilan (09/06) -
Ikan Keli Goreng Kuah Tomato
+ Sayur Acar + Sambal

Hari kesepuluh (10/06) -
Ayam Capcay
+ Sup Sayur + Sambal

Hari Kesebelas (11/06) -
Ikan Keli Goreng
+ Sayur Lemak + Sambal

Hari Kedua belas (12/06) -
Ayam Gulai
+ Sayur Tumis + Sambal

Hari Ketiga belas (13/06) -
Ayam Capcay
+ Sup Sayur + Sambal

Hari Keempat belas (14/06) -
Ayam Goreng tepung
+ Sayur Lemak + Sambal

Kami warga MedicMesir@Mansoura ingin mengucapkan selamat menjawab soalan peperiksaan bagi semua pelajar-pelajar Medic, University of Mansoura. Semoga kejayaan bersama anda semua, insyaAllah najah.
Ya Allah bantulah kami menghadapi ujian Mu di dunia ini....
permudahkanlah bagi kami, segala urusan kami...

02 June 2010

Bantah Serangan Israel Terhadap Rombongan Dunia



Kami warga MedicMesir @ Mansoura ingin menyuarakan bantahan, rasa takziah serta kecewa kami terhadap tindakan Israel ke atas rombongan Lifeline 4 Gaza yang telah mencederakan serta mengorbankan nyawa orang awam yang tidak berdosa. Sesungguhnya kekejaman mereka ke atas kesatuan kita dari seluruh dunia ini pasti dapat membuka mata masyarakat dunia akan kebenaran orang-orang islam.


Oleh itu, kami ingin mengajak anda semua untuk bersama-sama berdoa serta melakukan solat hajat agar kesejahteraan diberikan kepada saudara-saudara kita yang berada di atas kapal Mavi Marmara & juga kapal-kapal lain. Semoga mereka sentiasa di bawah lindungan Allah SWT. Pengorbanan mereka dengan meninggalkan keluaraga, harta & jawatan demi membantu rakyat palestin pasti dibalas tuhan. Bacaan Qunut nazilah dalam setiap solat juga adalah amat digalakkan:


Selain itu, kami ingin mengajak anda semua untuk bersatu hati untuk memboikot Israel tidak kira dalam medium mana sekali pun anda terlibat, di Facebook, YM, di blog mahu pun poster-poster iklan. Yakinlah anda bahawa, dengan usaha kita yang kecil ini juga mampu mengalahkan kekuatan tentera dunia Israel.

Kami ingin bersama merasai perjuangan mereka...

Kami tidak mhu hanya melihat saudara kita ditindas...

30 May 2010

Pusat Pengambilan Lauk Semasa Imtihan

Salam, setiap rumah yang dinyatakan diminta mengambil lauk anda di tempat yang telah ditetapkan supaya tidak berlaku kekeliruan dan masalah yang tidak diingini.

Setiap lauk bagi setiap rumah diwakilkan dengan nama wakil rumah seperti dibawah. Setiap lauk akan ada "Tag" nama-nama dibawah bagi pengenalpastian lauk masing-masing.

Kawasan Istad dan Samanudi:

Ikhwah: (Port - Rumah Anan)
1. Azizi Mejan
2. Azizi Jusoh
3. Usamah
4. Salman
5. Zakwan
6. Pert
7. Suffian
8. Anan
9. Jakpo
10. Fitri
11. Shukri
12. Akram
13. Aiman Latiff
14. Kuchai
15. Bai
16. Hisham
17. Naqi
18. Mudassir
19. Izwan

Akhwat: (Port- Rumah Wani/Mak)
1. Czarina
2. Amanina
3. Nisa'
4. Hafiza Azmi
5. Fauzana Zahra
6. Naazirah
7. Saraeza
8. Anissa
9. Asyillah
10. Ruzanna
11. Nuha
12. Nadia Pauzi
13. Aliyah
14. Halimah
15. Kak Yani
16. Mas Amira

Gala':

Ikhwah:
1. Aiman Jusri

Akhwat: (Port- Rumah Sabariah atas Santa Clause)
1. Sabariah
2. Izzah
3. Hana Yasmin
4. Siti Norsofea
5. Kausar
6. Kausar 2(Housemate)
7. Sabariah

*Nama berwarna boleh mengambil makanan di Can-Can untuk tidak menyusahkan anda dari berjalan jauh.

Rumah Wani/Mak = No 2 Syari' Nukiti (lorong sebelah kiri kedai roti depan istad)

Rumah Can-Can = Depan Skytop(kedai komputer) 2 lorong dari restoran GMN ke Gala'.

PERHATIAN!!! lauk-lauk tersebut boleh diambil bermula jam 1.30 p.m. di tempat-tempat yang telah ditetapkan, harap maklum.

Menu Minggu 1 (Makanan Sempena Imtihan)

Assalamualaikum,
Perhatian kepada semua pelajar yang menempah lauk sempena imtihan, diharap anda semua dapat mengambil cakna menu yang akan disediakan sepanjang minggu pertama ini. Menu makanan minggu kedua akan diberitahu kemudian.

Hari Pertama (01/06) -
Ayam Masak Merah + Sayur Acar + Sambal
Hari Kedua (02/06) -
Daging Rendang
+ Sayur Tumis + Sambal

Hari Ketiga (03/06) -
Ikan Keli Goreng Kuah Tomato
+ Sayur Acar + Sambal

Hari Keempat (04/06) -
Ayam Gulai
+ Sayur Tumis + Sambal

Hari Kelima (05/06) -
Daging Kari
+ Sayur Acar + Sambal

Hari Keenam (06/06) -
Ayam Capcai
+ Sup Sayur + Sambal

Hari Ketujuh (07/06) -
Ikan Keli Goreng Berkuah
+ Sayur Lemak + Sambal

Kawasan mengambil lauk-lauk tersebut akan diberithau kemudian.

28 May 2010

Student Medic Mesir Special

PERHATIAN!

Kepada semua pelajar MEDIC MESIR, sesiapa yang berminat untuk mendaftar untuk mendapatkan lauk FREE (SPONSORED BY UMMI) semasa musim imtihan akan datang diminta mengisi borang online:



Pendaftaran SAH sehingga jam 5.00 p.m (waktu Mesir) 28 May 2010. Pendaftaran lewat dari tempoh yang ditetapkan TIDAK AKAN DILAYAN.





Bagi pelajar-pelajar selain Medic Mesir (GMN,AQ,Yayasan Terengganu, TAPIM dan lain-lain) , anda boleh membuat tempahan lauk dengan mengisi borang di:


Bagi sesiapa yang sudah mendaftar(Selain Medic Mesir) sebelum ini, anda tidak perlu mengisi semula kerana tempahan anda sudah kami terima.

Sekian, Terima Kasih.

22 May 2010

Makanan siap sempena IMTIHAN!!

klik pada gambar untuk paparan lebih jelas



Assalamualaikum,

"Ahh...peperiksaan makin dekat, banyak benda tak cover lagi" "stress!!"
"lepas ni nak masak pulak, beli barang dapur..." "stress!!"

Namun tanggungjawab sebagai ahli rumah juga tidak patut diabaikan...

Perlukah anda rosakkan mood study anda dengan memikirkan banyak tanggungjawab???
Tapi, patutkah anda abaikan tanggungjawab anda terhadap ahli bait yang sentiasa mendoakan kejayaan anda???

Ha...bersempena dengan musim peperiksaan yg mencabar ini, kami menawarkan perkhidmatan menyediakan lauk siap dimasak.
Anda dapat fokus pada peperiksaan selama 2 minggu berturut-turut bermula dari 1/6/2010 sehingga 14/6/2010.

Jadi, bagi mereka yang malas hendak memasak di musim peperiksaan ini, jangan lepaskan peluang anda.
Diharapkan dengan adanya perkhidmatan ini dapat meringankan beban pelajar-pelajar PERUBATAN sekalian.

Anda dapat menjimatkan masa dari sibuk memasak di dapur...
Anda juga dapat menjimatkan wang anda...

Hanya hidangan TENGAH HARI sahaja.
NASI tidak termasuk dalam pakej.