JOM! Mumtaz - MedStuff 2012

" Studying Towards Finals and Future "

21 June 2010

Penentu Lulus Gagal & Result Penuh


Assalamualaikum,
Hari ini diumumkan nama-nama pelajar yang gagal dalam peperiksaan. Diharap kepada nama-nama tersebut supaya tidak berputus-asa serta terus percaya kejayaan itu pasti menunggu dihadapan. Kepada kawan-kawan yang lulus tu tahniah diucapkan, tapi jangan lupa buat sujud syukur, kerana sesungguhnya kejayaan itu kalau tidak bukan hanya kerana ketentuanNya.

Kebanyakan orang suka bercerita mengenai kejayaan, sehinggakan orang yang gagal sering rasa terpinggir dan akhirnya rasa tidak layak untuk terus bergaul dengan mereka yang berjaya. Mari kita nilai balik diri kita apa kurangnya diri kita untuk berjaya seperti orang lain. Adakah kerana kurangnya usaha kita atau adakah kurangnya pengharapan serta doa kita kepada Allah. Jadi usaha & tawakal adalah kunci utama kepada kejayaan.

Kepada yang telah lulus, anda perlu selalu beringat supaya bukan untuk terus ditakuk yang lama, tetapi perlunya kepada peningkatan kepada suatu tahap. Lulus sahaja tidak bermakna apa-apa, tetapi lulus dengan cemerlang itu menjadikan anda istimewa di mata manusia. Bukan mahu dipandang, tetapi penting sebagai contoh utamanya: untuk mendapat tajaan atau pinjaman.

Jadi mari kita sama-sama letak target, tidak kira yang lulus atau yang gagal. Target kita pastinya menjadi lebih baik dari semalam, serta esok lebih baik dari hari ini. Mari kita bersama-sama mencapai MUMTAZ dalam setiap peperiksaan. Buktikan bahawa kita boleh, serta kita bukan seperti diri kita yang dahulu, tetapi kita adalah diri kita yang baru. Kita mahu berubah menjadi yang lebih baik. Sekadar sebuah perkongsian dari insan biasa seperti anda semua.

p/s: Result penuh akan diberi tahu esok hari...

16 June 2010

Feedback : Lauk Sempena Imtihan

Assalamualaikum,

Syukur kehadrat Illahi program ini telah berjalan dengan lancar. Dengan ini pihak kami memohon kerjasama dari sahabat-sahabat yang terlibat untuk memberikan feedback tentang program ini.

Anda diminta mengisi borang feedback yang telah disediakan di:


Pihak kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Ummi medic mesir kerana menampung perbelanjaan untuk pelajar-pelajar medic mesir di Mansoura untuk program ini.

Tidak dilupakan juga kepada sahabat-sahabat lain(selain medic mesir) yang turut sama mendaftar untuk program ini.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih dan memohon maaf sekiranya terdapat kekurang dalam perkhidmatan yang kami jalankan.

InsyaAllah, kami akan cuba untuk memperbaiki kelemahan pada masa akan datang.

Wassalam.

07 June 2010

Good Luck from ummiMM!!

To all MMRegular / MMDentist / MMManchester peeps!!! & seluruh warga Mansoura!!!
>>>>>BIG Thanks to PCM for your untiring SUPPORT!!.....may Allah blesses u peeps!!
Ya ALLAH, bukakan olehmu atas hikmat engkau dan bentangkan olehmu atas anak2 kami gedung rahmat Engkau. Ya ALLAH, tuhan yang amat pengasih dari segala yang pengasih.

Ya ALLAH, Sinarilah hati anak-anak kami dengan hidayatMusebagaimana Engkau menyinari bumi dengan matahariMu Wahai tuhan yang membuka, wahai tuhan yang amat mengetahui,bukakanlah pintu hati mereka dengan pembukaan yang hampir, wahai tuhan yang membuka, wahai tuhan yang amat mengetahui.

Ya ALLAH, keluarkan anak2 kami dari kegelapan ragu-ragu. Kurniakan anak2 kami sinaran kefahaman bukakanlah bagi anak2 kami pintu ilmu, dan hiasilah mereka dengan akhlak yang baik dan kasih sayang.

Ya ALLAH, tambahkanlah kepada anak2 kami ilmu dan berilah mereka faham dan pengertian yang baik.


Ya ALLAH ya tuhan ku, kurniakanlah anak2 kami kefahamannabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah merekakesihatan wahai Yang Amat Mengasihani.


Ya ALLAH, ilhamkanlah kepada anak2 kami kecerdasan danlindungilah mereka dari kejahatan syaitan dan nafsu!


Maha suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak lupa. Wahai tuhan, ingatkanlah anak2 kami apa yang mereka lupa.


Ya ALLAH, persiapkanlah anak2 kami mengenai dengan urusan imtihan mereka dengan petunjuk Mu.

BiTaufiq WaNajjah FiImtihan....Kullu Mumtaz!! Rabbuna Yusahhil!!

salam ikhlas,
dari ummi dan ibuayahMM

Menu Minggu 2 (Makanan Sempena Imtihan)

Assalamualaikum,
Perhatian kepada semua pelajar yang menempah lauk sempena imtihan, diharap anda semua dapat mengambil cakna menu yang akan disediakan sepanjang minggu kedua ini.

Hari kelapan (08/06) -
Ayam Masak Merah + Sayur Acar + Sambal
Hari kesembilan (09/06) -
Ikan Keli Goreng Kuah Tomato
+ Sayur Acar + Sambal

Hari kesepuluh (10/06) -
Ayam Capcay
+ Sup Sayur + Sambal

Hari Kesebelas (11/06) -
Ikan Keli Goreng
+ Sayur Lemak + Sambal

Hari Kedua belas (12/06) -
Ayam Gulai
+ Sayur Tumis + Sambal

Hari Ketiga belas (13/06) -
Ayam Capcay
+ Sup Sayur + Sambal

Hari Keempat belas (14/06) -
Ayam Goreng tepung
+ Sayur Lemak + Sambal

Kami warga MedicMesir@Mansoura ingin mengucapkan selamat menjawab soalan peperiksaan bagi semua pelajar-pelajar Medic, University of Mansoura. Semoga kejayaan bersama anda semua, insyaAllah najah.
Ya Allah bantulah kami menghadapi ujian Mu di dunia ini....
permudahkanlah bagi kami, segala urusan kami...

02 June 2010

Bantah Serangan Israel Terhadap Rombongan Dunia



Kami warga MedicMesir @ Mansoura ingin menyuarakan bantahan, rasa takziah serta kecewa kami terhadap tindakan Israel ke atas rombongan Lifeline 4 Gaza yang telah mencederakan serta mengorbankan nyawa orang awam yang tidak berdosa. Sesungguhnya kekejaman mereka ke atas kesatuan kita dari seluruh dunia ini pasti dapat membuka mata masyarakat dunia akan kebenaran orang-orang islam.


Oleh itu, kami ingin mengajak anda semua untuk bersama-sama berdoa serta melakukan solat hajat agar kesejahteraan diberikan kepada saudara-saudara kita yang berada di atas kapal Mavi Marmara & juga kapal-kapal lain. Semoga mereka sentiasa di bawah lindungan Allah SWT. Pengorbanan mereka dengan meninggalkan keluaraga, harta & jawatan demi membantu rakyat palestin pasti dibalas tuhan. Bacaan Qunut nazilah dalam setiap solat juga adalah amat digalakkan:


Selain itu, kami ingin mengajak anda semua untuk bersatu hati untuk memboikot Israel tidak kira dalam medium mana sekali pun anda terlibat, di Facebook, YM, di blog mahu pun poster-poster iklan. Yakinlah anda bahawa, dengan usaha kita yang kecil ini juga mampu mengalahkan kekuatan tentera dunia Israel.

Kami ingin bersama merasai perjuangan mereka...

Kami tidak mhu hanya melihat saudara kita ditindas...