10 October 2010

Ahlan Wasahlan mahasiswa/siswi 2010/2011


Assalamualaikum,
kami warga MMMansoura ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat datang kepada pelajar-pelajar baru di semua muhafazah di Mesir amnya & pelajar-pelajar baru di Mansoura khususnya.

Alam universiti merupakan salah satu perjalanan kehidupan yang bakal dilalui oleh mahasiswa baru sekalian. Jadi, kita selaku pelajar-pelajar di Mesir seharusnya berasa bertuah, kerana tidak semua orang dapat mencapai cita-cita melanjutkan pelajaran ke luar negara. Namun, kegembiraan itu seharusnya ditonjolkan dengan rasa bersyukur & rendah diri, agar tidak leka dengan matlamat asal ke Mesir.

Di samping itu, para pelajar yang telah terlebih dahulu menimba ilmu di Mesir, diharapkan tidak lokek dalam berkongsi setiap pengalaman untuk kebaikan mahasiswa baru sekalian. Selain itu, anda selaku pelajar-pelajar baru, adalah tidak patut untuk merasa malu atau segan untuk bertanya kepada pelajar-pelajar lain. Sesungguhnya, cabaran di luar negara harus diharungi dengan kesatuan yang mantap dari kalangan kita yang minoriti di bumi anbiya' ini.

Akhir kalam, selamat menyesuaikan diri dengan suasana baru di Mesir. Hadapilah cabaran atau mehna dengan sabar & redha

0 comments: