Info MedicMesir@Mansoura



MedicMesir@mansoura (MM@Mansoura) adalah sebuah organisasi sah di bawah Persatuan PERUBATAN Cawangan Mansurah di Mesir. Organisasi ini ditubuh berdasarkan kesinambungan dari sebuah agensi yang menghantar pelajar-pelajar ke Mesir. Setelah setahun di bawah pengurusan agensi, kini pelajar-pelajar tersebut haruslah berdikari untuk terus hidup di bumi anbiya’ ini. Pengalaman selama setahun yang ditimba dari Agensi serta pelajar senior di Mesir, memberi ilham kepada pelajar-pelajar tersebut menubuhkan organisasi ini.

Berikutan isu penambahan bilangan pelajar yang mendadak di Mesir, telah memberikan satu impak besar kepada Persatuan PERUBTAN. Hal ini, telah menyukarkan persatuan bagi mengumpul ahli-ahli PERUBATAN di bawah satu persatuan. Maka, dalam Mesyuarat tahunan cawangan (MTC) 2008/2009, telah diputuskan untuk menubuhkan persatuan pelajar dari kalangan agensi dibawah naungan PERUBATAN. Penubuhan MM@Mansoura adalah bertujuan untuk mengisi serta membantu PERUBATAN cawangan Mansurah (PCM) dalam menjalankan program-program yang memerlukan kerjasama dari banyak pihak.

Persatuan MedicMesir@Mansoura telah ditubuhkan pada tahun 2008 dan secara rasminya di bawah PCM pada tahun 2009 hasil dari keputusan MTC 2008/2009. Ahli-ahli persatuan ini yang secara umumnya terdiri daripada pelajar-pelajar Agensi MedicMesir Sdn. Bhd. telah melakukan pelbagai aktiviti untuk memupuk semangat kerjasama serta pengukuhan ukhwah sesama pelajar-pelajar tidak kira dari agensi mana sekalipun.