JOM! Mumtaz - MedStuff 2012
" Studying Towards Finals and Future "
10 October 2010
Ahlan Wasahlan mahasiswa/siswi 2010/2011
Rumah Terbuka Tanta & Sambutan Mahasiswa Baru
Rumah Terbuka Tanta & Sambutan Mahasiswa Baru kembali lagi.
Program ini akan dilangsungkan pada 15 Oktober 2010seperti yang telah dipersetujui. Bertempat di Imarah MMTanta (Student Centre), semua sahabat dan sahabiah, ikhwah dan akhawat di bumi mesir di jemput hadir bagi memeriahkan program ini di samping mengukuhkan ukhuwah fillah sesama kita. Program akan bermula pada jam 1.30 petang dan berakhir pada pukul 5 petang.
InsyaAllah menu yang akan disajikan pada hari itu sangat istimewa.( rujuk poster )
Kami menantikan kedatangan kalian.Jumpa di sana !!!
02 July 2010
JOM ICDL di Malaysia!!
PERHATIAN pelajar-pelajar Mesir yang ingin mendapatkan pensijilan ICDL di Malaysia!!
Semoga, usaha ini mendatangkan menafaat pada semua warga Mesir. Insyallah.
Tidak tahu buat apa cuti panjang di Malaysia???Tidak ingin bazirkan masa anda, apa lagi daftar ICDL sekarang!!
21 June 2010
Penentu Lulus Gagal & Result Penuh
Assalamualaikum,
p/s: Result penuh akan diberi tahu esok hari...
16 June 2010
Feedback : Lauk Sempena Imtihan
07 June 2010
Good Luck from ummiMM!!
Menu Minggu 2 (Makanan Sempena Imtihan)
Assalamualaikum,Perhatian kepada semua pelajar yang menempah lauk sempena imtihan, diharap anda semua dapat mengambil cakna menu yang akan disediakan sepanjang minggu kedua ini.
Ikan Keli Goreng Kuah Tomato + Sayur Acar + Sambal
Ayam Capcay + Sup Sayur + Sambal
Ikan Keli Goreng + Sayur Lemak + Sambal
Ayam Gulai + Sayur Tumis + Sambal
Ayam Capcay + Sup Sayur + Sambal
Ayam Goreng tepung + Sayur Lemak + Sambal
Kami warga MedicMesir@Mansoura ingin mengucapkan selamat menjawab soalan peperiksaan bagi semua pelajar-pelajar Medic, University of Mansoura. Semoga kejayaan bersama anda semua, insyaAllah najah.
Ya Allah bantulah kami menghadapi ujian Mu di dunia ini....
permudahkanlah bagi kami, segala urusan kami...
02 June 2010
Bantah Serangan Israel Terhadap Rombongan Dunia
Kami warga MedicMesir @ Mansoura ingin menyuarakan bantahan, rasa takziah serta kecewa kami terhadap tindakan Israel ke atas rombongan Lifeline 4 Gaza yang telah mencederakan serta mengorbankan nyawa orang awam yang tidak berdosa. Sesungguhnya kekejaman mereka ke atas kesatuan kita dari seluruh dunia ini pasti dapat membuka mata masyarakat dunia akan kebenaran orang-orang islam.
Oleh itu, kami ingin mengajak anda semua untuk bersama-sama berdoa serta melakukan solat hajat agar kesejahteraan diberikan kepada saudara-saudara kita yang berada di atas kapal Mavi Marmara & juga kapal-kapal lain. Semoga mereka sentiasa di bawah lindungan Allah SWT. Pengorbanan mereka dengan meninggalkan keluaraga, harta & jawatan demi membantu rakyat palestin pasti dibalas tuhan. Bacaan Qunut nazilah dalam setiap solat juga adalah amat digalakkan:
Selain itu, kami ingin mengajak anda semua untuk bersatu hati untuk memboikot Israel tidak kira dalam medium mana sekali pun anda terlibat, di Facebook, YM, di blog mahu pun poster-poster iklan. Yakinlah anda bahawa, dengan usaha kita yang kecil ini juga mampu mengalahkan kekuatan tentera dunia Israel.
Kami ingin bersama merasai perjuangan mereka...
Kami tidak mhu hanya melihat saudara kita ditindas...
30 May 2010
Pusat Pengambilan Lauk Semasa Imtihan
Rumah Wani/Mak = No 2 Syari' Nukiti (lorong sebelah kiri kedai roti depan istad)Rumah Can-Can = Depan Skytop(kedai komputer) 2 lorong dari restoran GMN ke Gala'.PERHATIAN!!! lauk-lauk tersebut boleh diambil bermula jam 1.30 p.m. di tempat-tempat yang telah ditetapkan, harap maklum.
Menu Minggu 1 (Makanan Sempena Imtihan)
Assalamualaikum,Perhatian kepada semua pelajar yang menempah lauk sempena imtihan, diharap anda semua dapat mengambil cakna menu yang akan disediakan sepanjang minggu pertama ini. Menu makanan minggu kedua akan diberitahu kemudian.
Daging Rendang + Sayur Tumis + Sambal
Ikan Keli Goreng Kuah Tomato + Sayur Acar + Sambal
Ayam Gulai + Sayur Tumis + Sambal
Daging Kari + Sayur Acar + Sambal
Ayam Capcai + Sup Sayur + Sambal
Ikan Keli Goreng Berkuah + Sayur Lemak + Sambal
Kawasan mengambil lauk-lauk tersebut akan diberithau kemudian.
28 May 2010
Student Medic Mesir Special
Pendaftaran SAH sehingga jam 5.00 p.m (waktu Mesir) 28 May 2010. Pendaftaran lewat dari tempoh yang ditetapkan TIDAK AKAN DILAYAN.
22 May 2010
Makanan siap sempena IMTIHAN!!
"Ahh...peperiksaan makin dekat, banyak benda tak cover lagi" "stress!!""lepas ni nak masak pulak, beli barang dapur..." "stress!!"
Hanya hidangan TENGAH HARI sahaja.
NASI tidak termasuk dalam pakej.