JOM! Mumtaz - MedStuff 2012
" Studying Towards Finals and Future "
17 October 2012
02 October 2012
KEPUTUSAN TAJAAN JPA DAN MARA BAGI SESI 2012
1. Semoga anak2 serta semua warga MedicMesir sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.
2. Posting ini merujuk kepada anak2 yang kini sudah berada diTahun 2 keatas yang telah memohon tajaan JPA / MARA baru-baru ini (terutamanya Sesi Pengambilan 2011) . Posting terdahulu adalah dirujuk iaitu:
a. Makluman TAJAAN JPA / MARA
http://www.medicmesir.blogspot.com/2012/07/permohonan-tajaan-pengajian-perubatan.html
b. Permohonan MARA
http://www.medicmesir.blogspot.com/2012/03/permohonan-pinjaman-mara-bagi-sesi-2012.html
c. Borang AD HOC MARA
http://www.medicmesir.blogspot.com/2012/08/taklimat-pinjaman-mara-2012-keputusan.html
3. Alhamdulillah, keputusan JPA telah pun diumumkan. TAHNIAH kepada yang BERJAYA. Bagi yang TIDAK BERJAYA, usaha lagi.
4. Alhamdulillah juga, MARA telah mengeluarkan SURAT TAWARAN TAJAAN MARA secara berperingkat seperti dibawah.
5. Mohon anak-anak yang BERJAYA ataupun TIDAK untuk 'UPDATE STATUS TAJAAN' anda disini.
6. MedicMesir akan sentiasa memberi komitmen membantu anak-anak yang BERJAYA Cemerlang, sekurang2nya dengan keputusan MUMTAZ dan JAYYID JIDDAN. Oleh itu, bagi mana-mana pelajar yang mendapat CEMRLANG tetapi masih tidak mendapat tajaan JPA atau MARA, Mohon dapat memberi update melalui borang yang disediakan untuk rayuan berkelompok.

7. TerimaKasih atas sokongan semua terhadap MedicMesir. Doakan agar MedicMesir terus diberi kekuatan dan kesabaran untuk melaksanakan kebaikan buat semua.
Allahumma Yassir, Wala Tu'Assir. Rabbi Tammim BikKheir. Birohmatikaya Arhamarohimin.
Salam Sayang,
28 September 2012
27 September 2012
Ahlan 2012
1. Alhamdulillah kumpulan ketiga penerbangan telah selamat sampai ke destinasi masing-masing iaitu Mansoura, Alexandria, Tanta dan Ainsham Uni.
2. TerimaKasih atas sokongan serta bantuan seniors yang menyambut kedatangan adik masing-masing. Anak-anak dinasihati agar menghubungi ibuayah masing-masing sebaik mendapat kad sim masing-masing.
3. Semoga urusan di bumi anbiya seterusnya dipermudahkan Allah swt.
05 June 2012
TAHUN 1 DAN 2 ~ ZAKAT SELANGOR UNTUK SESI 2011/2012
Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt. Mohon sekiranya kepada semua anak-anak MedicMesir yang berasal atau bermastautin di Selangor yang kini menuntut dalam Tahun 1 atau Tahun 2 (yang masih tidak mendapat tajaan) menghantar Borang Zakat Selangor ke pejabat Lembaga Zakat Selangor selewat-lewatnya 17hb June 2012.
Bagi pelajar yang Tahun 1 dan 2 yang masih belum mendapat sebarang tajaan dan merasakan mereka memerlukan wang sarta hidup tambahan sila maklumkan melalui borang yang disediakan di link ini. Mohon sekiranya dapat memberi maklumat ini sebelum 17hb June 2012 untuk tindakan MedicMesir seterusnya.
Semoga dipermudahkan imtihan. Bi Tawfiq WaNajjah Fi Imtihan :-)
Salam,
uMMiMM
23 May 2012
Makanan sempena imtihan
2.Alhamdulillah, makan sempena imtihan untuk Mansoura akan bermula hari esok. InshaAllah, makan tengahari boleh diambil dari Cafe Baitul Hasanah bermula jam 12tghri dan makan malam bermula jam 6 di SB Cafe Mansoura.
Untuk Sem 2,4, 6 Mansoura Manchester / Tahun 2 dan 3 Mansoura Conventional / Tahun 2 dan Tahun 3 Dentistry
Pembekalan akan bermula dengan makan tengahari, esok, Khamis, 24hb Mei 2012. Senarai kumpulan yang bermula esok, tidak perlu memberi nama didalam FaceBook, memadai dengan memaklumkan kepada wakil batch.
3. Untuk Tahun 4 Mansoura Manchester dan Tahun 4 Mansoura Conventional
Sunggupun imtihan akan bermula bulan June dan berakhir akhir Julai, tetapi MedicMesir berhasrat untuk memulakan pembekalan makan ini seawal mungkin, InshaAllah bermula hari Ahad, 27hb Mei 2012.
Pembekalan Tahun 4 Mansoura Manchester akan berakhir pada 7hb July dan
Pembekalan Tahun 4 Mansoura Conventional akan berakhir pada 27hb July
Untuk tujuan ini mohon agar semua tahun 4 memberikan nama anda di FB MedicMesir. https://www.facebook.com/MedicMesir/posts/335592569847137 . Sila daftar mengunakan ID sendiri. <nama><tahun><Conventional atau Manchester>
4. Segala pertanyaan, sila rujuk kepada wakil batch masing-masing:-
Wakil Sem 2 Mansoura Manchester ( Muhammad Aliff Mutaqqin)
Wakil Sem 4 Mansoura Manchester (Nurul Firdaus Ahamed)
Wakil Sem 6 Mansoura Manchester (Amanina Jamain)
Wakil Sem 8 Mansoura Manchester (Aiman Jusri)
Wakil Tahun 2 Dentistry (Khairul Anwar)
Wakil Tahun 3 Dentistry : (Nurul Nadirah)
Tahun 2 dan 3 Mansoura Conventional ( Syarfa Aziz)
Tahun 4 Mansoura Conventional (Muhammad Imran Jaamat)
KOORDINATOR KESELURUHAN : Muhammad Imran Jaamat
5. Ummi berharap agar pembekalan makanan PERCUMA sempena imtihan ini membantu meringankan beban masa sewaktu fatrah imtihan. Doa Ummi juga agar ianya membantu meningkatkan PRESTASI AKADEMIK masing-masing. Semoga Allah swt sentiasa mendatangkan natijah TERBAIK atas setiap apa yang kita usahakan. Ameen.
UhibbukumFillah,
uMMi MM
08 May 2012
JOM! Mumtaz ~ MEDsSTUFF 2012 - Mansoura Manchester Tahun 1
09 April 2011
Pengumuman...
10 October 2010
Ahlan Wasahlan mahasiswa/siswi 2010/2011

Rumah Terbuka Tanta & Sambutan Mahasiswa Baru

Rumah Terbuka Tanta & Sambutan Mahasiswa Baru kembali lagi.
Program ini akan dilangsungkan pada 15 Oktober 2010seperti yang telah dipersetujui. Bertempat di Imarah MMTanta (Student Centre), semua sahabat dan sahabiah, ikhwah dan akhawat di bumi mesir di jemput hadir bagi memeriahkan program ini di samping mengukuhkan ukhuwah fillah sesama kita. Program akan bermula pada jam 1.30 petang dan berakhir pada pukul 5 petang.
InsyaAllah menu yang akan disajikan pada hari itu sangat istimewa.( rujuk poster )
Kami menantikan kedatangan kalian.Jumpa di sana !!!
02 July 2010
JOM ICDL di Malaysia!!
PERHATIAN pelajar-pelajar Mesir yang ingin mendapatkan pensijilan ICDL di Malaysia!!
Semoga, usaha ini mendatangkan menafaat pada semua warga Mesir. Insyallah.
Tidak tahu buat apa cuti panjang di Malaysia???Tidak ingin bazirkan masa anda, apa lagi daftar ICDL sekarang!!
21 June 2010
Penentu Lulus Gagal & Result Penuh
Assalamualaikum,
p/s: Result penuh akan diberi tahu esok hari...
16 June 2010
Feedback : Lauk Sempena Imtihan
07 June 2010
Good Luck from ummiMM!!

Menu Minggu 2 (Makanan Sempena Imtihan)
Assalamualaikum,Perhatian kepada semua pelajar yang menempah lauk sempena imtihan, diharap anda semua dapat mengambil cakna menu yang akan disediakan sepanjang minggu kedua ini.
Ikan Keli Goreng Kuah Tomato + Sayur Acar + Sambal
Ayam Capcay + Sup Sayur + Sambal
Ikan Keli Goreng + Sayur Lemak + Sambal
Ayam Gulai + Sayur Tumis + Sambal
Ayam Capcay + Sup Sayur + Sambal
Ayam Goreng tepung + Sayur Lemak + Sambal
Kami warga MedicMesir@Mansoura ingin mengucapkan selamat menjawab soalan peperiksaan bagi semua pelajar-pelajar Medic, University of Mansoura. Semoga kejayaan bersama anda semua, insyaAllah najah.
Ya Allah bantulah kami menghadapi ujian Mu di dunia ini....
permudahkanlah bagi kami, segala urusan kami...
02 June 2010
Bantah Serangan Israel Terhadap Rombongan Dunia
Kami warga MedicMesir @ Mansoura ingin menyuarakan bantahan, rasa takziah serta kecewa kami terhadap tindakan Israel ke atas rombongan Lifeline 4 Gaza yang telah mencederakan serta mengorbankan nyawa orang awam yang tidak berdosa. Sesungguhnya kekejaman mereka ke atas kesatuan kita dari seluruh dunia ini pasti dapat membuka mata masyarakat dunia akan kebenaran orang-orang islam.
Oleh itu, kami ingin mengajak anda semua untuk bersama-sama berdoa serta melakukan solat hajat agar kesejahteraan diberikan kepada saudara-saudara kita yang berada di atas kapal Mavi Marmara & juga kapal-kapal lain. Semoga mereka sentiasa di bawah lindungan Allah SWT. Pengorbanan mereka dengan meninggalkan keluaraga, harta & jawatan demi membantu rakyat palestin pasti dibalas tuhan. Bacaan Qunut nazilah dalam setiap solat juga adalah amat digalakkan:

Selain itu, kami ingin mengajak anda semua untuk bersatu hati untuk memboikot Israel tidak kira dalam medium mana sekali pun anda terlibat, di Facebook, YM, di blog mahu pun poster-poster iklan. Yakinlah anda bahawa, dengan usaha kita yang kecil ini juga mampu mengalahkan kekuatan tentera dunia Israel.
Kami ingin bersama merasai perjuangan mereka...
Kami tidak mhu hanya melihat saudara kita ditindas...
30 May 2010
Pusat Pengambilan Lauk Semasa Imtihan
Rumah Wani/Mak = No 2 Syari' Nukiti (lorong sebelah kiri kedai roti depan istad)Rumah Can-Can = Depan Skytop(kedai komputer) 2 lorong dari restoran GMN ke Gala'.PERHATIAN!!! lauk-lauk tersebut boleh diambil bermula jam 1.30 p.m. di tempat-tempat yang telah ditetapkan, harap maklum.
Menu Minggu 1 (Makanan Sempena Imtihan)
Assalamualaikum,Perhatian kepada semua pelajar yang menempah lauk sempena imtihan, diharap anda semua dapat mengambil cakna menu yang akan disediakan sepanjang minggu pertama ini. Menu makanan minggu kedua akan diberitahu kemudian.
Daging Rendang + Sayur Tumis + Sambal
Ikan Keli Goreng Kuah Tomato + Sayur Acar + Sambal
Ayam Gulai + Sayur Tumis + Sambal
Daging Kari + Sayur Acar + Sambal
Ayam Capcai + Sup Sayur + Sambal
Ikan Keli Goreng Berkuah + Sayur Lemak + Sambal
Kawasan mengambil lauk-lauk tersebut akan diberithau kemudian.
28 May 2010
Student Medic Mesir Special
Pendaftaran SAH sehingga jam 5.00 p.m (waktu Mesir) 28 May 2010. Pendaftaran lewat dari tempoh yang ditetapkan TIDAK AKAN DILAYAN.















